Tuesday, 15 December 2015

CHEESE TART RECIPE

BAHAN A(70-80 biji)
1. tepung gandum 500gm
2. gula icing 125gm
3. butter 1 biji
4. telur saiz B 2 biji
5. esen vanilla 1sudu kecil

CARA-CARA:
1. Sediakan bekas dan pengayak
2. Mula-mula letak tepung dulu
3. Lepas itu,ayakkan gula icing.wajib ayak.Kalau tak nanti berketul-ketul
4. Masukkan butter yang telah dipotong kecil
5. Ramas semuanya sampai jadi ala-ala serbuk roti
6.Masukkan telur dan esen vanilla
7. Uli doh sampai licin.Dah siap uli,bungkus dan rehatkan dalam peti ais.Paling elok sehari semalam.
8. Bulat-bulatkan doh dan tekan atas acuan tart.Cucuk dengan garfu bagi mengeluarkan udara
9. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga keperangan.
10.unggu tart shell betul-betul sejuk baru masukkan filling blueberries

BAHAN B(40 -50 biji)
1. cream cheese 250gm-biarkan 20-30 minit sebelum digunakan tapi jangan sampai mencecah suhu bilik
2. gula kastor 50gm
3. telur saiz B 1 biji
4. esen vanilla 1/2 sudu teh

CARA-CARA

1. Putar cream cheese dan gula sehingga berkrim
2. Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi
3. Letakkan cream cheese tersebut ke atas crust yang telah di isi filling blueberries menggunakan piping bag.
4.Ambil sedikit cream cheese tadi dan campurkan dengan pewarna yang disukai dan gaul hingga rata.
5. Proses untuk melorek dilakukan semasa cheese masih lembut
6. Menggunkan toothpick,lorekkan bahagian tajam ke atas cheese mengikut bentuk kesukaan anda.
7. Bakar selama  5 minit pada suhu 170 darjah celcius menggunakan  api atas bawah.
8.Sentuh cream dengan hujung jari.Jika kering,maknanya telah masak,jika belum tambah dua minit lagi



No comments:

Post a Comment